Assalamualaikum warahmatullah wbt.
Jika anda mempunyai akaun Facebook, Twitter atau Instagram, anda beperluang untuk menyertai Pertandingan ' Hashtag ' #sepaktakrawkfcutusan.
Hadiah-hadiah menarik disediakan kepada para pemenang.
Berikut merupakan syarat-syarat pertandingan :
- Terbuka kepada rakyat Malaysia KECUALI kakitangan Utusan Melayu ( Malaysia ) Berhad, krew teknikal, penaja serta anak-anak syarikatnya.
- Peserta perlu mengambil gambar ketika Kejohanan Sepaktakraw KFC Utusan 2014 di lokasi peringkat saringan ( Kompleks Sukan Paroi, Negeri Sembilan ) dan di lokasi pusingan akhir ( Space U8, Shah Alam ).
- Peserta perlu meletakkan caption yang menarik serta #sepaktakrawkfcutusan.
- Pemenang akan dipilih dari laman-laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.
- Pemenang dihakimi dari segi gambar dan caption yang paling menarik.
- Tarikh tutup adalah seperti berikut :
- Kompleks Sukan Paroi, Negeri Sembilan ( 5.30 petang, 6 September 2014 )
- Space U8, Shah Alam ( 5.30 petang, 7 September 2014 )
- Pemenang akan dihubungi melalui laman sosial pemenang.
- Hanya 3 pemenang akan dipilih.
- Pengambilan hadiah adalah di atas tanggungan pemenang.
- Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat dan bantahan tidak akan dilayan.
- Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Unit Pengurusan Jenama, Utusan Melayu ( Malaysia ) Berhad di talian 03-9232 4429/013- 318 5102 ( E-One )
No comments:
Post a Comment