Saturday, 10 September 2011

Syarat - syarat penyertaan

Kepada yang masih tidak jelas dengan syarat  - syarat penyertaan , berikut ialah soalan dan jawapan yang kerap di tanya untuk rujukan anda.

S. Bolehkah pemain yang lahir pada 1995 bermain untuk kategori bawah 15 tahun?
J. Tidak boleh. Hanya yang lahir 1996 hingga sekarang sahaja yang layak untuk kategori itu.

S. Bolehkah pemain berusia lebih 19 tahun tetapi pelajar IPTA/S bermain untuk kategori IPTA/S / Bawah 19?
J. Boleh, dengan syarat memiliki kad matrik yang sah

S. Bolehkah pemain yang bukan pelajar IPT tetapi berusia di bawah 19 tahun bermain seregu dengan pemain dari pelajar IPT?
J. Boleh

S. Bolehkah pelajar IPT dari IPT berbeza bermain dalam satu pasukan?
J. Boleh

S. Perlukah jersi bernombor?
J. Ya. Nombor di depan dan belakang. Seluar pendek juga mesti seragam.

S. Bagaimana sistem kiraan mata yang digunapakai?
J. Kiraan terkini - 15 mata dengan 3 kali servis setiap kali. Format 3 set maksimum sahaja.

S. Berapakah jumlah pemain berstatus negeri yang boleh berada dalam pasukan?
J. Hanya seorang pemain berstatus negeri layak didaftarkan di dalam setiap regu.

No comments:

Post a Comment