Thursday 23 June 2011

Aksi diteruskan

Selesai sudah kejohanan bagi Zon Selatan yang menyaksikan kembalinya bisa bekas tekong negara, Normanizam yang satu ketika dulu pernah membantu Malaysia membawa pulang pingat emas di Sukan Sea 2005. Tahniah kepada Pestans A menjadi juara bagi Zon Selatan dan juga buat regu2 yang berjaya menempatkan diri ke pusingan Akhir.

Kini, kami sedang mengalu-alukan regu-regu yang berhasrat untuk mengganas di Zon Utara yang akan berlangsung kira-kira seminggu sahaja dari sekarang. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membolehkan regu anda dinobatkan sebagai regu terbaik Zon Utara. Pendaftaran masih dibuka kepada yang berminat. Juga peringatan buat regu yang mahu mendaftar, pendaftaran haruslah dibuat ke akaun Utusan seperti yang tertera:


Semua bayaran haruslah dibuat dengan wang pos/ bank deraf di atas nama Utusan
Melayu (M) Berhad atau masukkan terus ke no akaun  Maybank 5144 0480 4387.
Bayaran tunai cuma boleh dibuat di alamat berikut:
Unit Pengurusan Jenama, Utusan Melayu ( M ) Berhad, Pusat Latihan Utusan, Lot 184, Seksyen 92, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment