Majlis taklimat serta undian kejohanan telah dijalankan bermula pada pukul 8.30 malam bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman. ( Foto oleh Yusuf Aziz )
Perhatian buat pengurus-pengurus atau wakil setiap pasukan, satu majlis cabutan undi akan diadakan seperti tarikh yang tertera di dalam gambar. diharapkan kehadiran pengurus atau wakil setiap regu pada malam pengundian kerana sesi taklimat peraturan dan kelancaran kejohanan akan diadakan sebelum majlis cabutan undi diadakan.
Pihak penganjur pada tahun ini akan mengadakan sedikit kejutan di sirkit Zon Utara. Buat peminat/penggiat dan pemain sepaktakraw, satu pertandingan karaoke akan diadakan sempena penganjuran Kejohanan KFC-Utusan 2012 di Alor Setar nanti dan hadiah yang lumayan akan menanti buat juara. Mari beramai2 memeriahkan lagi suasana pertandingan
dan tidak dilupakan juga, untuk anak-anak anda, satu pertandingan mewarna dengan hadiah menarik akan diadakan juga bersempena penganjuran kali ini. Ayuh!!