Saturday 21 May 2011


MAKLUMAT DAN PERATURAN

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KFC - UTUSAN MALAYSIA 2012
PERINGKAT ANTARA ZON DAN PERINGKAT AKHIR


1.         Nama Pertandingan
Pertandingan Sepaktakraw ini dikenali sebagai KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KFC- UTUSAN 2012.

2.         Kategori Pertandingan
Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu:
i.      Kategori Terbuka / IPTA/S
      Bagi kategori terbuka/ipta/s, setiap regu hanya dibenarkan mempunyai seorang pemain yang pernah atau sedang mewakili negara, negeri, PDRM atau ATM bagi kejohanan PIALA EMAS KHIR JOHARI dan Grand Prix Kebangsaan tanpa mengira tahun ( Peraturan ini tidak tertakluk kepada mereka yang berumur bawah 19 tahun dan 39 sahaja).

ii.     Kategori Bawah 20 Tahun
       Bagi kategori Bawah 20 tahun, setiap regu hanya dibenarkan mempunyai seorang pemain yang pernah atau sedang mewakili negara, negeri, PDRM atau ATM bagi kejohanan PIALA EMAS KHIR JOHARI dan Grand Prix Kebangsaan tanpa mengira tahun ( Peraturan ini tidak tertakluk kepada mereka yang berumur bawah 19 tahun dan 20 tahun sahaja). Hanya pemain yang lahir pada atau selepas tahun 1992 sahaja yang dibenarkan untuk bermain bagi kategori ini.

iii.    Kategori Bawah 16 Tahun
Bagi kategori Bawah 16 tahun, semua pemain hendaklah lahir pada atau selepas tahun 1996. 

iv.  Kategori Bawah 12 Tahun
      Bagi kategori Bawah 12 tahun, semua pemain hendaklah lahir pada atau selepas tahun 2000. 

3.         Penganjur Kejohanan
         Kejohanan ini adalah anjuran Utusan Malaysia.

4.         Objektif Pertandingan
         Pertandingan ini dijalankan untuk :-
4.1         Menarik minat semua rakyat Malaysia kepada sukan Sepaktakraw.
4.2         Cuba meningkatkan lagi kegemilangan Sukan Sepaktakraw di Malaysia.

5.         Penyertaan
5.1         Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia sahaja.
5.2         Setiap regu boleh mendaftar minima 3 orang pemain, dua orang pemain simpanan, seorang pengurus dan seorang jurulatih. Aspek komposisi kaum adalah amat digalakkan. Semua pemain wajib memakai Jersi bernombor di depan dan belakang.
5.3         Kesemua 48 regu yang bertanding di peringkat antara zon diwajibkan memakai jersi yang disediakan penganjur. Walaubagaimanapun sekiranya atas sebab-sebab tertentu jersi tersebut tidak bersesuaian regu terlibat diminta menyediakan jersi alternatif.
5.4         Hanya pemain yang telah didaftarkan sahaja yang layak bermain dan setiap pemain hanya boleh bermain dalam satu kategori sahaja.
5.5         Penganjur atau pengadil berhak menolak atau membatalkan penyertaan jika telah melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan. Setiap regu yang telah mendaftar dan membuat pembayaran akan kehilangan yuran penyertaan sekiranya melanggar atau dengan sengaja tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah dinyatakan.
5.6         Jumlah keseluruhan penyertaan dan pendaftaran di setiap Zon adalah terhad kepada 150 Regu.

6.         Peraturan
6.1         Sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan dan Undang-Undang ini akan diputuskan seperti berikut:
6.1.1       Perkara am berbangkit akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kejohanan.
6.1.2       Perkara berbangkit berkaitan teknikal dan pengadilan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Kejohanan.
6.2         Sebarang perkara yang tidak dinyatakan didalam Peraturan dan Undang-Undang Kejohanan ini akan merujuk UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW ISTAF yang berkuatkuasa pada ketika ini

7          Borang dan bayaran penyertaan
7.1         Borang penyertaan dan keterangan lanjut boleh didapati dari akhbar Utusan Malaysia, laman Web  atau talian berikut :
7.1.1     Laman Web : www.sepaktakrawkfcutusan@blogspot.com
7.1.2     Tel : 03-92210202/03 – Dino,Lieya dan Zuera. Faks : 03-92219204
7.1.3     019-3693841 – Luqman
7.1.4     019-3362642 - Zubir
7.1.5  012-3942935  - Fauzilan
7.2         Setiap regu yang ingin menyertai pertandingan ini dikenakan yuran penyertaan sebanyak :
Kategori
Yuran
TERBUKA                      
RM100.00
IPTA/IPTS/Bawah19
RM  75.00
BAWAH 15
RM  50.00
·         Semua bayaran haruslah dibuat dengan wang pos/ bank deraf di atas nama Utusan Melayu (M) Berhad atau masukkan terus ke no akaun  Maybank 5140 4862 0742. Bayaran tunai cuma boleh dibuat di alamat berikut:
Unit Pengurusan Jenama, Utusan Melayu ( M ) Berhad, Pusat Latihan Utusan, Lot 184, Seksyen 92, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur

7.3         Tarikh tutup penyertaan bagi setiap zon adalah pada :
ZON
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
ZON SELATAN
pada pukul 4.00 petang 14 Jun 2011.
ZON UTARA
pada pukul 4.00 petang  28 Jun 2011.
ZON TIMUR
pada pukul 4.00 petang 13 Julai 2011.
ZON TENGAH
pada pukul 4.00 petang 15 Sept 2011.

8          Sistem  pertandingan
8.1         Pertandingan ini akan dijalankan secara Sistem Kalah Singkir. Walaubagaimanapun di Peringkat Antara Zon pusingan awal akan dijalankan secara Liga Berkumpulan. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya yang dijalankan secara kalah singkir.
8.2         Pertandingan ini akan menggunakan sistem kiraan mata 15 (best of 3) terkini yang dipraktikkan oleh PSM.
8.3         Pertukaran pemain dibenarkan dibuat sebanyak dua kali di dalam setiap pusingan perlawanan
8.4         Mana-mana regu yang tidak berada digelanggang setelah dipanggil akan diberi masa menunggu selama 10 minit dan kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan yang menunggu digelanggang selama tempoh masa yang diberikan.
8.5         Hanya Johan , Naib Johan serta dua regu yang kalah di peringkat separuh akhir bagi keempat-empat kategori setiap Zon akan layak secara automatik untuk bertanding di Peringkat Separuh Akhir Kejohanan. Regu-regu tersebut tidak lagi dibenarkan untuk menyertai kejohanan di zon-zon lain.

9          Tarikh, Masa Dan Tempat Kejohanan
9.1   Berikut adalah maklumat yang berkaitan tentang kejohanan:














10        Pengundian:
10.1      Hari, tarikh, masa dan tempat undian mengikut Zon akan dibuat sehari sebelum kejohanan dijalankan. Sila dapatkan maklumat yang terkini  melalui akhbar Utusan Malaysia dan laman sesawang kejohanan : www.sepaktakrawkfcutusan@blogspot.com
10.2      Pasukan yang menyertai Kejohanan ini hendaklah menghantar wakil untuk undian ini.
10.3      Jika wakil tidak ada, maka pihak penganjur akan meneruskan undian dan keputusan undian adalah muktamad

11        Hadiah-Hadiah Tunai Bagi Kesemua kategori
PERINGKAT  ZON







KATEGORI
JOHAN
NAIB JOHAN
2 PASUKAN YG KALAH DI PERINGKAT SEPARUH AKHIR




Terbuka
       2,500.00
    2,000.00
 HADIAH PRODUK PENAJA



IPTA/IPTS/Bawah 19
       2,000.00
    1,500.00


BAWAH 15 TAHUN
       1,500.00
    1,000.00


JUMLAH  HADIAH WANG TUNAI SETIAP ZON                              RM
10,500 X 4 ZON



JUMLAH WANG TUNAI UNTUK SEMUA ZON


RM
42,000.00











PERINGKAT ANTARA ZON







KATEGORI
JOHAN
NAIB JOHAN
KETIGA DAN KEEMPAT
KELIMA HINGGA KELAPAN
Terbuka
10,000.00
 8,000.00
 6,000.00
3,000.00
 400.00
 400.00
  400.00
   400.00

IPTA/IPTS/ Bawah 19
 8,000.00
 6,000.00
 4,000.00
2,000.00
 400.00
 400.00
  400.00
   400.00

BAWAH 15 TAHUN
 6,000.00
 4,000.00
 2,000.00
1,000.00
 400.00
 400.00
  400.00
   400.00


                                                                        JUMLAH KESELURUHAN HADIAH WANG TUNAI RM 106,800.00
      

12        Pengadilan:
12.1      Semua pertandingan akan diadili oleh Pengadil-Pengadil Bertauliah yang dilantik oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia.
12.2      Keputusan Pengadil adalah muktamad.

13        Bantahan
13.1      Sebarang Bantahan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 30 minit selepas pertandingan tamat.
13.2      Hanya pengurus atau jurulatih pasukan yang layak membuat bantahan dan borang bantahan boleh di dapati dari pihak penganjur.
13.3      Semua bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 500.00 sahaja, berserta borang bantahan dan bukti (lampiran bukti bertulis atau bergambar).
13.4      Wang Pertaruhan tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak diterima, ianya hanya akan dikembalikan kepada pasukan jika bantahan diterima.

14        Rayuan
14.1      Juri Rayuan adalah terdiri daripada Pengadil Rasmi Kejohanan, Presiden Sepaktakraw Malaysia atau wakilnya dan juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kejohanan.
14.2    Hanya  pengurus atau jurulatih regu yang terlibat akan dipanggil semasa keputusan dibuat. Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.
15        Pakaian
15.1      Semua pemain dimestikan memakai JERSI BERNOMBOR ( depan dan belakang ). Jersi mestilah seragam.  Regu yang gagal mematuhi syarat ini akan disingkirkan dari kejohanan.
15.2      Ketua regu diwajibkan memakai “Arm Band

16        Pegawai, Pengurus dan Jurulatih diwajibkan berpakaian kemas (berkasut lengkap berstokin) sepanjang tempoh kejohanan berlansung terutamanya semasa majlis penyampaian hadiah. Mana-mana Pegawai, Pengurus dan Jurulatih yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tata tertib termasuklah dilayangkan kad merah.

17        Keselamatan Dan Tanggungjawab
17.1    Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau keselamatan semasa kejohanan.
18        Tarikh akhir pertukaran nama pemain bersamaan dengan tarikh tutup kejohanan di setiap zon. Pertukaran nama pemain selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

19           Setiap regu diwajibkan untuk membawa borang penyertaan asal ( diisi lengkap ) yang disiarkan dalam Utusan Malaysia beserta slip bayaran semasa pengesahan pendaftaran.

20        Perkara Am
Pihak penganjur berhak melakukan sebarang perubahan dan pindaan pada bila-bila masa jika dirasakan perlu.

No comments:

Post a Comment