Thursday 25 August 2016

Saturday 13 August 2016

Majlis Pelancaran KFC - Utusan 2016 : Quill City Mall

Alhamdulillah
Berjalan baik Majlis Pelancaran KFC - Utusan 2016 bersama pihak penaja di Quill City Mall. Pelbagai acara disusun termasuk cabutan bertuah yang melibatkan sebuah motorsikal Benellli. Bekas pemain negara Awalludin Abdul Hamid dan juga Tuan Haji Sharudin bekas pengurus pasukan negara.

Suasana meriah turut diwarnai dengan pelbagai acara sampingan yang sememangnya menjadi 'trade-mark' KFC - Utusan setiap tahun.

Berikut ialah sebahagian dari foto yang berjaya dirakamkan.











Wednesday 10 August 2016

MAKLUMAT DAN PERATURAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KFC-UTUSAN MALAYSIA 2016


1. Nama Pertandingan
Pertandingan Sepaktakraw ini dikenali sebagai KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KFC-UTUSAN 2016. 

2. Kategori Pertandingan
Hanya rakyat Malaysia sahaja yang dibenarkan untuk menyertai semua kategori yang
dipertandingkan. Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan pada tahun ini iaitu:
 
i. Kategori Terbuka Utusan Malaysia
Bagi kategori terbuka, setiap regu hanya dibenarkan mempunyai seorang pemain yang pernah atau sedang mewakili NEGARA (Kejohananan yang diperakui ISTAF), Negeri, PDRM dan ATM di kejohanan PIALA EMAS KHIR JOHARI sahaja (status state forever diambil kira). Peraturan ini tidak tertakluk kepada mereka yang berumur bawah 18 tahun dan 40 tahun ke atas.
 
ii. Kategori Bawah 16 tahun.
Bagi kategori Bawah 16 tahun, semua pemain hendaklah lahir pada atau selepas tahun 2000. (bagi tujuan pengesahan, salinan kad pengenalan perlu dikepilkan bersama borang pendaftaran semasa pengesahan pendaftaran pemain)
 
iii. Kategori Bawah 14 tahun.
Bagi kategori Bawah 14 tahun, semua pemain hendaklah lahir pada atau selepas tahun 2002. (bagi tujuan pengesahan, salinan kad pengenalan perlu dikepilkan bersama borang
pendaftaran semasa pengesahan pendaftaran pemain)
 
iv. Kategori Bawah 12 tahun
Bagi kategori Bawah 12 tahun, semua pemain hendaklah lahir pada atau selepas tahun 2004. (bagi tujuan pengesahan, salinan kad pengenalan atau salinan sijil lahir yang telah di sahkan perlu dikepilkan bersama borang pendaftaran semasa pengesahan pendaftaran pemain)
 
3. Penganjur Kejohanan
Kejohanan ini adalah anjuran Utusan Melayu (M) Berhad melalui akhbar Utusan Malaysia.
 
4. Objektif Pertandingan
4.1 Menarik minat semua rakyat Malaysia kepada sukan Sepaktakraw.
4.2 Cuba meningkatkan lagi kegemilangan Sukan Sepaktakraw di Malaysia.
4.3 Melahirkan pemain bakat baru yang berpotensi.
 
5. Penyertaan
5.1 Pertandingan ini hanya terbuka kepada semua rakyat Malaysia sahaja.
5.2 Bagi kategori bawah 14 dan 16 tahun SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SSTMI dan SSBJ
dibenarkan menghantar seberapa banyak regu yang dikehendaki akan tetapi bagi regu
kedua atau selebihnya perlu mengepilkan surat kebenaran dari Majlis Sukan Sekolah
Negeri atau Sekolah Sukan Negeri asal pelajar yang terlibat. Jika terdapat lebihan pemain
di Sekolah Sukan Malaysia, maka pemain-pemain ini hanya boleh mewakili sekolah sukan
negeri masing-masing.
5.3 Setiap regu boleh mendaftar minima 3 orang pemain, dua orang pemain simpanan, seorang
pengurus dan seorang jurulatih. Aspek komposisi kaum adalah amat digalakkan. Hanya
pemain yang telah didaftarkan sahaja yang layak bermain dan setiap pemain hanya boleh
bermain dalam satu kategori sahaja. 
5.4 Penganjur atau pengadil berhak menolak atau membatalkan penyertaan jika telah
melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan. Setiap regu yang telah mendaftar dan membuat pembayaran akan kehilangan yuran penyertaan sekiranya melanggar atau
dengan sengaja tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah dinyatakan.
 
6. Peraturan
6.1 Sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan dan Undang-Undang ini akan
diputuskan seperti berikut:
6.1.1 Perkara am berbangkit akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kejohanan.
6.1.2 Perkara berbangkit berkaitan teknikal dan pengadilan akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal Kejohanan.
6.2 Sebarang perkara yang tidak dinyatakan di dalam Peraturan dan Undang-Undang
Kejohanan ini akan merujuk UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW ISTAF yang
berkuatkuasa pada ketika ini
 
7. Borang dan bayaran penyertaan
7.1 Borang penyertaan hanya akan dikeluarkan di akhbar Utusan Malaysia bermula dari tarikh 13 September 2016.
7.2 Gambar Borang dan gambar Slip Bayaran perlu dihantar melalui What’App Hotline
pendaftaran berikut : 019-238 0295 (urusan penghantaran What’App borang pendaftaran
dan slip bayaran sahaja)
7.3 Borang penyertaan asal yang di keluarkan oleh akhbar Utusan Malaysia sahaja yang akan diterima semasa pengesahan pendaftaran(salinan borang pendaftaran tidak diterima)
7.4 Sebarang Keterangan lanjut dan pertanyaan boleh didapati dari :
7.4.1 018-9646178 - Fauzilan (tentang pendaftaran sahaja)
7.4.2 Laman Web : www.sepaktakrawkfcutusan.blogspot.com
7.4.3 FB Kejohanan : Kejohanan Sepaktakraw KFC-Utusan
7.4.4 FB Pengurusan Jenama Utusan/Kosmo
7.4.5 Instagram : branding_utusan/kosmo
7.4.6 011-5507 2232 AK@sya (peraturan)
7.5 Setiap regu diwajibkan untuk membawa borang penyertaan asal (diisi lengkap) yang
disiarkan dalam Utusan Malaysia beserta slip bayaran semasa pengesahan pendaftaran.
7.6 Setiap regu wajib membuat pengesahan pendaftaran pada hari kejohanan. Regu yang tidak membuat pengesahan pendaftaran tidak layak untuk bertanding.
 
8. Yuran penyertaan
8.1 Setiap regu yang ingin menyertai pertandingan ini dikenakan bayaran yuran mengikut
kategori yang berikut :
Kategori LELAKI TERBUKA - Yuran RM120

LELAKI BAWAH 16 TAHUN - Yuran RM50
LELAKI BAWAH 14 TAHUN - Yuran RM40
LELAKI BAWAH 12 TAHUN - Yuran RM20

Bagi setiap pasukan yang telah mendaftar 4 regu dalam kategori yang sama, regu ke-4 adalah percuma.
 
9. Tarikh tutup penyertaan dan undian adalah pada :
Tarikh Tutup penyertaan pada hari Jumaat pukul 12.30 tengahari 23 September 2016
Tarikh Undian pada hari Ahad pukul 3.00 petang 25 September 2016, tempat undian
ialah di Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad Jalan Utusan Off jalan
Chan Sow Lin Kuala Lumpur.
9.1 Pasukan yang menyertai Kejohanan ini hendaklah menghantar wakil untuk undian ini.
9.2 Jika tiada wakil yang hadir, maka pihak penganjur akan meneruskan undian dan keputusan undian adalah muktamad.
9.3 Tarikh akhir pertukaran nama pemain adalah pada tarikh tutup penyertaan kejohanan.
Pertukaran nama pemain selepas tarikh tersebut akan dikenakan denda RM50.00 bagi satu
nama, Pertukaran nama hanya boleh dibuat selewat-lewatnya satu jam sebelum pertandingan dijalankan.
 
10. Sistem pertandingan
10.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara Sistem Kalah Singkir.
10.2 Pertandingan ini akan menggunakan sistem kiraan mata 15 (best of 3).
10.3 Pertukaran pemain dibenarkan dibuat sebanyak dua kali di dalam setiap pusingan
perlawanan tanpa perlu mengisi borang.
10.4 Mana-mana regu perlu bersedia di gelanggang yang telah ditetapkan 15 minit sebelum waktu perlawanan regu tersebut, jika tidak berada di gelanggang setelah dipanggil akan diberi masa menunggu selama 5 minit dan kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan yang menunggu digelanggang selama tempoh masa yang diberikan.
 
11. Tarikh, Masa Dan Tempat Kejohanan
Peringkat Pusingan Awal Hingga Separuh Akhir - Stadium Paroi
Akhir - Quill City Mall Kuala Lumpur
Quill City Mall, Kuala Lumpur
 
12. Tarikh 29 September hingga 1Oktober 2016 2 Oktober 2016
13. Hadiah-Hadiah wang tunai Bagi Kesemua kategori :
Kategori

                Johan              N. Johan      KE-3 x 2     Saguhati x 4


TERBUKA   RM 15,000.00  5,000.00     2,500.00      1,000.00


BAWAH 16 RM 6,000.00    3,000.00     1,500.00         800.00


BAWAH 14 RM 5,000.00    2,000.00     1,000.00         400.00


BAWAH 12 RM 3,000.00    1,000.00        500.00         200.00


 
14. Pengadilan:
14.1 Semua pertandingan akan diadili oleh Pengadil-Pengadil Bertauliah yang diiktiraf oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia.
14.2 Keputusan Pengadil adalah muktamad.


 
15. Bantahan15.1 Sebarang Bantahan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 30 minit selepas pertandingan tamat.
15.2 Hanya pengurus atau jurulatih pasukan yang layak membuat bantahan dan borang bantahan boleh di dapati dari pihak penganjur.
15.3 Semua bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 500.00 sahaja, berserta borang bantahan dan bukti (lampiran bukti bertulis atau bergambar).
15.4 Wang Pertaruhan tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak diterima, ianya hanya akan dikembalikan kepada pasukan jika bantahan diterima. Caj pengurusan RM50 akan dikenakan bagi setiap bantahan.
16. Rayuan
16.1 Juri Rayuan adalah terdiri daripada Pengadil Rasmi Kejohanan, wakil dari PSM, 2 orang Jawatankuasa Teknikal Kejohanan, 1 orang wakil Utusan dan 2 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat.
16.2 Hanya pengurus atau jurulatih regu yang terlibat akan dipanggil semasa keputusan
dibuat. Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.
 
17. Pakaian
17.1 Semua pemain diwajibkan memakai JERSI BERNOMBOR (depan dan belakang). Jersi
mestilah seragam (mempunyai corak dan warna yang sama pada baju dan seluar untuk
semua pemain).
17.2 Setiap Regu digalakkan menutup aurat dan dibenarkan memakai seluar 3 quater dengan syarat semua pemain memakai seluar yang seragam (mempunyai corak dan warna yang sama pada seluar untuk semua pemain)
17.3 Ketua regu diwajibkan memakai “Arm Banddisebelah kiri.
17.4 Regu yang yang gagal mematuhi syarat ini akan disingkirkan dari kejohanan.
17.5 Bagi semua pemain bagi regu-regu yang telah berjaya memenangi hadiah, Pakaian
semasa mengambil hadiah hendaklah seragam (jersi/baju yang sama) dan berkasut. Jika
terdapat mana-mana pemain yang melanggar peraturan semasa mengambil hadiah ini, Pihak Penganjur berhak menarik balik hadiah yang diberikan. Hadiah hanya diberikan mengikut jumlah pemain yang hadir semasa majlis penyampaian hadiah.
 
18. Pegawai, Pengurus dan Jurulatih diwajibkan berpakaian kemas (berkasut lengkap berstokin,berseluar panjang) sepanjang tempoh kejohanan berlangsung terutamanya semasa majlis penyampaian hadiah. Pihak penganjur berhak mengambil tindakan sekiranya syarat ini tidak dipatuhi.
 
19. Keselamatan dan Tanggungjawab
Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kehilangan atau
keselamatan semasa kejohanan berlangsung.
 
20. Perkara Am
Pihak penganjur berhak melakukan sebarang perubahan dan pindaan pada bila-bila masa jika dirasakan perlu.