Monday 21 May 2012

Update : Senarai Regu yang telah mendaftar (Zon Selatan)

Berikut merupakan senarai regu-regu yang telah mendaftar:
(senarai dikemaskini sehingga 12/6/2012 11.30 p.m.)


Kategori Bawah 12 :

1. DAYA KILAS 2
2. PELAPIS BATU PAHAT
3. DAYA LIBAS 2
4. NAGA EMAS
5. SERI KOTA
6. LEBAH MADU
7. SK SEBERANG TAKIR
8. PESTANS 'A'
9. PESTANS 'B'


Kategori Bawah 16 :

1.   M.K.E.T.C.
2.   SSBT 2
3.   SMK 11
4.   TANJUNG BLAZING
5.   PULAI JUNIOR 'A'
6.   PULAI JUNIOR 'B'
7.   VOKASIONAL KOTA TINGGI
8.   SDJ TIGER
9.   K.T.S.R
10. PESTANS 'A'
11. PESTANS 'B'
12. SMKST
13. SSN THO
14. SSTMI 'A'
15. SSTMI 'B'
16. SSTMI 'C'


Kategori Bawah 20 :

1.   MBJB
2.   MSN SUKMA JOHOR 'A'
3.   MSN SUKMA JOHOR 'B'
4.   TANJUNG BLAZING
5.   SDJ LEOPARD
6.   DUN AYER KEROH
7.   SKUDAI TEN
8.   HORE HORE.COM
9.   PESTANS 'A'
10. PESTANS 'B' 
11. PESTANS 'C'
12. BUKIT PUTRA 'A'
13. BUKIT PUTRA 'B'
14. VOKASIONAL KOTA TINGGI


Kategori Terbuka/IPTA/S :

1.   Setia Desa Johor 'A'
2.   Setia Desa Johor 'B'
3.   Toyota Boshoku UMW
4.   Majlis Daerah Pontian 'A'
5.   Majlis Daerah Pontian 'B'
6.   BBU
7.   GASTEP 'A'
8.   GASTEP 'B'
9.   GASTEP 'C'
10. GASTEP 'D'
11. GASTEP 'E'
12. TNB SELANGOR 'A'
13. TNB SELANGOR 'B'
14. TNB SELANGOR 'C'
15. MBMB
16. DMD
17. ATM JLJ 'A'
18. ATM JLJ 'B'
19. ATM JLJ 'C'
20. ATM JLJ 'D'
21. ATM JLJ 'E'
22. MBJB 'A'
23. MBJB 'B'
24. MBJB 'C'
25. MBJB 'D'
26. MBJB 'E'
27. BENTARA 'A'
28. BENTARA 'B'
29. BENTARA 'C'
30. MPSJ 'A'
31. MPSJ 'B'
32. MPSJ 'C'
33. MPSJ 'D'
34. KWSP
35. INFRATEL 'A'
36. INFRATEL 'B'
37. INFRATEL 'C'
38. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN
39. PESTANS 'A'
40. PESTANS 'B'
41. PESTANS 'C'
42. PESTANS 'D'
43. PESTANS 'E'
44. PKNS 'A'

Monday 14 May 2012

Update : Syarat-syarat Kejohanan 2012


MAKLUMAT DAN PERATURAN
KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KFC - UTUSAN MALAYSIA 2012
PERINGKAT ANTARA ZON DAN PERINGKAT AKHIR.

1.         Nama Pertandingan

Pertandingan Sepaktakraw ini dikenali sebagai KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KFC UTUSAN 2012.

2.         Kategori Pertandingan

Terdapat 4  kategori yang dipertandingkan iaitu:

i.      Kategori  Terbuka / IPTA/S 

Bagi kategori terbuka/ipta/s, setiap regu hanya dibenarkan mempunyai seorang pemain yang pernah atau sedang mewakili negara, negeri, PDRM atau ATM bagi kejohanan PIALA EMAS KHIR JOHARI dan Grand Prix Kebangsaan tanpa mengira tahun (Peraturan ini tertakluk kepada mereka yang berumur diantara 19 tahun dan 39 sahaja).

ii.     Kategori  Bawah 20 Tahun

Bagi kategori Bawah 20 tahun, setiap regu hanya dibenarkan mempunyai seorang pemain yang pernah atau sedang mewakili negara, negeri, PDRM atau ATM bagi kejohananPIALA EMAS KHIR JOHARI dan Grand Prix Kebangsaan tanpa mengira tahun (Peraturan ini tertakluk kepada mereka yang berumur 19 tahun dan 20 tahun sahaja). Hanya pemain yang lahir pada atau selepas tahun 1992 sahaja yang dibenarkan untuk bermain bagi kategori ini.

iii.    Kategori  Bawah 16 Tahun

Bagi kategori Bawah 16 tahun, semua pemain hendaklah lahir pada atau selepas tahun 1996. 

iv.    Kategori  Bawah 12 Tahun

Bagi kategori Bawah 12 tahun, semua pemain hendaklah lahir pada atau selepas tahun 2000. 

3.         Penganjur Kejohanan

Kejohanan ini adalah anjuran Utusan Malaysia.

4.         Objektif Pertandingan

Pertandingan ini dijalankan untuk :-

4.1         Menarik minat semua rakyat Malaysia kepada sukan Sepaktakraw.
4.2         Cuba meningkatkan lagi kegemilangan Sukan Sepaktakraw di Malaysia.

5.         Penyertaan

5.1        Penyertaan adalah terbuka kepada semua, Persatuan Sepaktakraw , Kelab-kelab
Sepaktakraw IPTA/S, sekolah dan RAKYAT MALAYSIA sahaja

5.2        Setiap regu boleh mendaftar minima 3 orang pemain, dua orang pemain simpanan, seorang pengurus dan seorang jurulatih. Aspek komposisi kaum adalah amat digalakkan. 

5.3        Hanya pemain yang telah didaftarkan sahaja yang layak bermain dan setiap pemain hanya boleh bermain dalam satu kategori sahaja.

5.4        Penganjur atau pengadil berhak menolak atau membatalkan penyertaan regu tersebut jika telah melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan. Setiap regu yang telah mendaftar dan membuat pembayaran akan kehilangan yuran penyertaan sekiranya melanggar atau dengan sengaja tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah dinyatakan.

5.5      Jumlah keseluruhan penyertaan dan pendaftaran di setiap Zon adalah terhad kepada 150 Regu.

6.         Peraturan

6.1         Sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan dan Undang-Undang ini akan diputuskan seperti berikut:

6.1.1     Perkara Am berbangkit akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kejohanan.
6.1.2  Perkara berbangkit berkaitan teknikal dan pengadilan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Kejohanan.
6.2      Sebarang perkara yang tidak dinyatakan didalam Peraturan dan Undang-Undang Kejohanan ini akan merujuk UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW ISTAF yang berkuatkuasa pada ketika ini

7          Borang dan bayaran penyertaan

7.1    Borang penyertaan dan keterangan lanjut boleh didapati dari akhbar Utusan Malaysia,   laman  Web  atau talian berikut :
7.1.1     Laman Web : www.sepaktakrawkfcutusan.blogspot.com
7.1.2     Tel : 03-92210202/03 – Dino,Lieya dan Zuera. Faks : 03-92219204
7.1.3     019-3693841 – Luqman (berkenaan pendaftaran)
7.1.4     019-3362642 – Zubir Shari (berkenaan peraturan kejohanan)
7.1.5     012-3942935  - Fauzilan (berkenaan peraturan kejohanan)

7.2         Setiap regu yang ingin menyertai pertandingan ini dikenakan yuran penyertaan sebanyak

Kategori
Yuran
TERBUKA/IPTA/S                   
RM 100.00
BAWAH 20
RM 80.00
BAWAH 16
RM  50.00
BAWAH 12
RM  30.00
Semua bayaran haruslah dibuat dengan wang pos/ bank deraf di atas nama Utusan Melayu (M) Berhad atau masukkan terus ke no akaun  Maybank 5144 0480 4387. Bayaran tunai cuma boleh dibuat di alamat berikut:
Unit Pengurusan Jenama, Utusan Melayu ( M ) Berhad, Pusat Latihan Utusan, Lot 184, Seksyen 92, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur

7.3         Tarikh tutup penyertaan bagi setiap zon adalah pada :

ZON
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
ZON SELATAN
pada pukul 4.00 petang  10 Jun 2012.
ZON UTARA
pada pukul 4.00 petang  30 Jun 2012.
ZON TIMUR
pada pukul 4.00 petang 13 September  2012.
ZON TENGAH
pada pukul 4.00 petang 23 September  2012.

8          Sistem  pertandingan

8.1  Pertandingan di setiap ZON ini akan dijalankan secara Sistem Kalah Singkir. Walau bagaimanapun bagi peringkat ANTARA ZON, pada pusingan awal akan dijalankan secara Liga 4  kumpulan

8.2    Pertandingan ini akan menggunakan sistem kiraan mata 15 (best of 3) terkini yang dipraktikkan oleh PSM.

8.3     Hanya Johan , Naib Johan serta dua regu yang kalah di peringkat separuh akhir bagi keempat-empat kategori setiap Zon akan layak secara automatik untuk bertanding di Peringkat Antara Zon. Regu-regu tersebut tidak lagi dibenarkan untuk menyertai kejohanan di zon-zon yang lain.

9          Zon,Tarikh Dan Tempat Kejohanan

9.1   Berikut adalah maklumat yang berkaitan tentang kejohanan:
ZON
TARIKH
TEMPAT KEJOHANAN
SELATAN
15 – 17 Jun 2012
Stadium Bandaraya, Johor Bharu, Johor
UTARA
05 – 07 Julai 2012
Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, kedah
TIMUR
14 – 15 September 2012
Stadium Negeri, Kuala Terengganu ,Terengganu
TENGAH
28 – 30 September 2012
Stadium Paroi, Seremban Negeri sembilan
ANTARA ZON  DAN AKHIR
12-13 October 2012
14 October 2012
Kompleks Sukan Negara Panasonic , Seksyen 21 Shah Alam Selangor
Sunway Pyramid Subang Selangor


10        Pengundian:

10.1      Majlis cabutan undi akan diadakan sehari sebelum hari kejohanan berlangsung di setiap zon pada jam 8.00 pm. Sila dapatkan maklumat yang terkini  melalui akhbar Utusan Malaysia dan laman sesawang kejohanan : www.sepaktakrawkfcutusan@blogspot.com

10.2      Pasukan yang menyertai Kejohanan ini hendaklah menghantar wakil untuk  majlis undian ini.

10.3      Jika wakil tidak ada, maka pihak penganjur akan meneruskan undian dan keputusan undian adalah muktamad.

11        Hadiah-Hadiah Tunai Bagi Kesemua kategori

Peringkat Zon
KATEGORI
JOHAN
NAIB JOHAN
TEMPAT KE 3 /KE 4
Terbuka/IPTA/S
RM 2,500
RM 2,000
RM 500
Bawah 20
RM 2,000
RM 1,500
RM 350
Bawah 16
RM 1,500
RM 1,000
RM 250
Bawah 12
RM 1,000
RM 500
RM 150

PERINGKAT ANTARA ZON
KATEGORI
JOHAN
NAIB  JOHAN
KE 3
KE 4
KE 5 HINGGA 8
Terbuka/IPTA/S
RM 10,000
RM 8,000
RM 6,000
RM 3,000
RM 400
Bawah 20
RM 8,000
RM 6,000
RM 4,000
RM 2,000
RM 400
Bawah 16
RM 6,000
RM 4,000
RM 2,000
RM 1,000
RM 400
Bawah 12
RM 4,000
RM 2,000
RM 1,000
RM 500
RM 200

12        Pengadilan:

12.1      Semua pertandingan akan diadili oleh Pengadil-Pengadil Bertauliah yang dilantik oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)

12.2      Keputusan Pengadil adalah muktamad.

13        Bantahan/Rayuan

13.1      Semua bantahan/rayuan hendaklah dikemukakan secara bertulis oleh Pengurus Pasukan berkenaan kepada Juri Rayuan tidak lewat dari 30 minit selepas sahaja perlawanan berkenaan tamat.

13.2      Hanya pengurus atau jurulatih pasukan yang layak membuat bantahan dan borang bantahan boleh di dapati dari pihak penganjur.

13.3      Tiap-tiap bantahan/rayuan hendaklah di sertakan dengan wang tunai sebanyak RM 500.00 sebagai wang pertaruhan  (lampiran bukti bertulis atau bergambar).

13.4      Wang pertaruhan ini tidak akan di kembalikan jika bantahan/rayuan di tolak.

13.5        Juri Rayuan akan di anggotai oleh:

i.   Seorang Wakil PSM - Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia atau wakil.
ii.  Seorang Pengerusi  - Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan atau wakil
iii. Pengadil Rasmi
iv. Dua orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan/rayuan.

13.6      Juri Rayuan akan mengadakan mesyuarat dalam masa 30 minit (1/2 jam) selepas sahaja menerima bantahan/rayuan.

13.7    Keputusan mesyuarat akan di umumkan oleh Pengerusi Juri Rayuan selepas sahaja keputusan di capai.

13.8        Sebarang keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

14        Pakaian

14.1       Setiap regu yang bertanding dimestikan memakai jersi yang seragam dan bernombor depan dan belakang (sama warna dan jenis) pemain digalakkan menutup aurat ,seluar trek bottom dan seluar tree couter sama sesekali tidak dibenarkan dipakai semasa bermain didalam kejohanan ini. 

14.2           Pemain berkenaan hendaklah memakai jersi yang bernombor yang sama di sepanjang kejohanan ini. Kegagalan regu mematuhi peraturan pakaian akan diambil tindakan digugurkan dalam pertandingan ini.

14.3      Ketua regu diwajibkan memakai “Arm Band

14.4        Pegawai, Pengurus dan Jurulatih diwajibkan berpakaian kemas (berkasut lengkap
berstokin) sepanjang tempoh kejohanan berlansung terutamanya semasa majlis penyampaian hadiah. Mana-mana Pegawai, Pengurus dan Jurulatih yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tata tertib termasuklah dilayangkan kad merah.

14.5         Kesemua 48 regu yang telah layak  bertanding di Peringkat Antara Zon diwajibkan memakai jersi yang disediakan oleh penganjur. Walau bagaimanapun sekiranya atas sebab-sebab tertentu jersi tersebut tidak bersesuaian regu terlibat diminta menyediakan jersi alternatif sendiri.

15        Keselamatan Dan Tanggungjawab

15.1    Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau keselamatan semasa kejohanan.

15.2   Semua pegawai ,pemain dan pasukan yang mngambil bahagian dalam kejohanan ini adalah     melakukannya dengan kemahuan sendiri  secara sukarela


16     Tarikh akhir pertukaran nama pemain bersamaan dengan tarikh tutup kejohanan di setiap zon. Pertukaran nama pemain selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

17    Setiap regu diwajibkan untuk membawa borang penyertaan asal ( diisi lengkap ) yang disiarkan dalam Utusan Malaysia beserta slip bayaran dan salinan kad pengenalan pemain semasa pengesahan pendaftaran.

18        Perkara Am

Pertandingan ini masih tertakluk kepada Peraturan ISTAF yang terkini akan tetapi pihak penganjur berhak sepenuhnya untuk membuat sebarang perubahan dan pindaan peraturan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian yang difikirkan perlu oleh penganjur kejohanan.